JPA Scholarship

i. PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA (PILN)
Program Ijazah Luar Negara (PILN) merupakan program penajaan kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan SPM untuk mengikuti program Ijazah Pertama di universiti luar negara.

2.Maklumat dan syarat asas untuk PILN adalah seperti berikut:
• Terbuka untuk calon lepasan SPM 2010 yang memperolehi keputusan cemerlang;
• Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2010;
• Calon perlu melalui proses temu duga; dan
• Calon yang berjaya akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat pengajian yang ditetapkan oleh JPA.

Kriteria yang digunapakai untuk pemilihan/penawaran biasiswa Kerajaan/JPA adalah seperti berikut:
• Pencapaian akademik;
• Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum;
• Prestasi temu duga; dan
• Sosio-ekonomi/latar belakang keluarga.
Penggunaan kriteria di atas adalah bagi menentukan penawaran dilaksanakan dengan adil dan saksama.

PILN 2011 adalah dibuka khusus kepada lepasan SPM tahun 2010 yang memperolehi keputusan yang cemerlang. Pada tahun 2010, seramai 467,970 orang calon telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berbanding seramai 465,853 orang pada tahun 2009. Peningkatan bilangan calon ini dijangka akan menjadikan PILN 2011 lebih kompetitif. Pada tahun 2010, misalnya, JPA telah menerima sebanyak 18,844 permohonan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 10,114 permohonan diterima daripada kalangan calon yang melepasi syarat/gred minimum yang telah ditetapkan mengikut bidang pengajian. Setiap tahun PILN menjadi tumpuan banyak pihak sehingga mewujudkan pergantungan harapan yang tinggi terutamanya di kalangan calon dan juga ibu-bapa. Dua bidang yang paling popular di kalangan calon ialah Kejuruteraan dan Perubatan. Manakala, negara
pengajian pilihan oleh majoriti calon/pelajar ialah United Kingdom, Australia dan New Zealand.

ii. PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN)
Pelajar-pelajar cemerlang yang memohon untuk mengikuti pengajian di dalam negara akan dipertimbangkan untuk ditawarkan tajaan bagi mengikuti pengajian di lima buah universiti penyelidikan di Malaysia iaitu:
i) Universiti Sains Malaysia (USM)
ii) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
iii) Universiti Putra Malaysia (UPM)
iv) Universiti Malaya (UM); dan
v) Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Pelajar-pelajar cemerlang yang tidak terpilih di bawah program PILN dan universiti penyelidikan, disebabkan persaingan yang sengit di bawah program PILN, akan dipertimbangkan tajaan untuk mengikuti pengajian di dalam negara sama ada di:
A. Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
i) Universiti Sains Malaysia (USM)
ii) Universiti Malaya (UM)
iii) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
iv) Universiti Putra Malaysia (UPM)
v) Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
vi) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
vii) Universiti Utara Malaysia (UUM)
viii) Universiti Malaysia Sabah (UMS)
ix) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
x) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
xi) Universiti Teknologi Mara (UiTM)
xii) Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
xiii) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
xiv) Universiti Teknikal Melaka (UTeM)
xv) Universiti Malaysia Pahang (UMP)
xvi) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
xvii) Universiti Sultan Zainal Abidin
xviii) Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
xix) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

B. IPT tempatan seperti:
i) Universiti Teknologi Petronas (UTP)
ii) Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
iii) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
iv) AIMST University
v) Universiti Kuala Lumpur (UniKL)-Royal College of Medicine Perak (RCMP)
vi) Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)
vii) Alliance College of Medical Sciences (ACMS)-UKM dan
viii) University College Sedaya International (UCSI).

C. Kampus-kampus cawangan universiti luar negara di Malaysia iaitu:
i) University of Nottingham
ii) Monash University
iii) Swinburne University of Technology; dan
iv) Curtin University of Technology

Pelajar yang berjaya ditawarkan akan ditaja di peringkat matrikulasi/asasi/pra-universiti dan Ijazah Pertama sekiranya melepasi syarat akademik yang ditetapkan.

2. PROSES PEMILIHAN
Calon-calon dinasihatkan supaya membuat pilihan secara bijak dan memberi perhatian kepada perkara-perkara seperti berikut:
• Kriteria pemilihan - peluang adalah lebih tinggi bagi calon yang mendapat gred A bagi sembilan mata pelajaran dan aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum berbanding dengan calon yang mendapat gred A bagi 12 mata pelajaran tetapi tidak aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum;
• Kursus/bidang - selain perubatan, terdapat bidang kritikal lain yang ditaja iaitu Pergigian dan Farmasi. Di samping itu tajaan juga diberikan kepada bidang lain seperti Kejuruteraan dan Ekonomi yang juga amat diperlukan oleh negara dan perkhidmatan awam;
• Pilihan kursus - calon hendaklah memilih kursus pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan SPM yang dimiliki;
• Negara - penetapan negara tempat pengajian adalah menjadi hak JPA/penaja. Calon adalah dinasihatkan agar menerima keputusan penaja kerana apa yang penting adalah matlamat utama iaitu untuk melanjutkan pengajian. Semua kursus di negara-negara yang ditaja oleh JPA adalah of good standing dan diiktiraf.

3. KAEDAH PERMOHONAN
Iklan tawaran dan maklumat lanjut akan disiarkan menerusi portal www.esilav2.jpa.gov.my dan juga akhbar-akhbar utama pelbagai bahasa. Calon perlu merujuk ke portal www.esilav2.jpa.gov.my untuk mendapatkan butiran tawaran dan syarat kelayakan PILN 2011 yang akan mula dibuka secara atas talian (on-line) mulai tarikh keputusan SPM 2010 diumumkan secara rasmi.
Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat dan kriteria PILN serta memiliki kelayakan bahasa asing seperti bahasa Arab, Jepun, Jerman atau Perancis akan diberi pertimbangan sewajarnya sekiranya memohon program pengajian ke negara-negara berkenaan.

Pelajar-pelajar yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan akan dipanggil ke sesi temu duga yang akan dijalankan pada 12 hingga 15 April 2011. Urusan temu duga akan dijalankan secara berkumpulan mengikut dua kelompok utama bidang pengajian iaitu kritikal dan strategik.
Ahli-ahli panel terdiri daripada pegawai Kerajaan di kalangan pegawai perubatan, pegawai farmasi, pegawai pergigian, pensyarah, jurutera dan pegawai kanan dari pelbagai skim perkhidmatan.
Calon yang berjaya ditawarkan bidang perubatan adalah diwajibkan menghadiri Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor yang akan diadakan selama 3 hari mulai 10 – 12 Mei 2011 di hospital-hospital Kerajaan yang akan ditetapkan oleh JPA.
Calon-calon yang berjaya akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat pengajian yang ditetapkan oleh JPA. Walau bagaimanapun, calon perlu mencapai had kecemerlangan (cut-off point) yang ditetapkan, mencapai rekod kehadiran kelas melebihi 90% dan tidak mempunyai rekod disiplin bagi membolehkan calon diteruskan penajaan ke universiti-universiti di luar negara.
4. PENUTUP