DERMASISWA PENDIDIKAN OLEH YAYASAN PERAK

Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak


Dermasiswa ini bertujuan membantu pelajar membuat persediaan pendaftaran kemasukan di semester dan tahun pertama di Politeknik, Kolej Komuniti, IPTA dan IPTS terpilih dalam negara sahaja. Dermasiswa ini diberikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sahaja.


Keutamaan diberikan kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bawah RM1,500 sahaja. Kadar dermasiswa adalah RM300 (Sijil/Matrikulasi), RM500 (Diploma), RM1,000 (Ijazah Sarjana Muda) dan RM1,200 (Ijazah Sarjana Muda Profesional).


Kesemua IPTA dalam negara dan hanya IPTS berikut yang layak memohon.
Berikut adalah senarai Universiti dan IPT yang layak memohon:-

1.

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

10.

Giat MARA

2.

Universiti Teknologi Petronas (UTP)

11.

ADTECT

3.

Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)

12.

Kolej Polytech MARA

4.

Universiti Multimedia (MMU)

13.

Kolej Profesional Baitumal

5.

Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

14.

Kolej RISDA

6.

Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)

15.

Kolej Yayasan-Yayasan Negeri

7.

Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR)

16.

Kolej Tunku Abdul Rahman(Kolej TAR)

8.

Kolej Perubatan DiRaja Perak

17.

Institut Teknologi Perak (ITP)

9.

Institut Latihan Perindustrian

**Borang Permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing atau dicetak terus melalui laman web ini.