Sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menerajui kecemerlangan dan transformasi pendidikan tinggi negara, Universiti Sains Malaysia (USM) yang telah diiktiraf sebagai Universiti Apex yang pertama di Malaysia mempelawa calon-calon lepasan Diploma/Setaraf – IB, AUSMAT, A Level dan kelayakan lain yang diiktiraf untuk mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama Penuh Masa), Sidang Akademik 2010/2011.
USM menawarkan menyediakan beberapa insentif kepada pelajar yang cemerlang antaranya:
* Zamalah Pengajian / Fellowship
* Pengecualian Yuran
* Subsidi Tambang Perjalanan
* Baucer Khas Buku
* Lain-lain
1. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan seperti berikut:
* Lulusan Diploma dari IPTA / Politeknik / IPTS;
* Lulusan STP / HSC / STPM Tahun 2008 atau sebelumnya;
* Lulusan Matrikulasi Tahun 2008 atau sebelumnya;
* Sijil Politeknik (Kejuruteraan); dan
* Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat (IB, AUSMAT, A Level dan lain-lain), dan
* Memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas program pengajian.
UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN, SYARAT AM DAN SYARAT KHAS PROGRAM PENGAJIAN SILA LAYARI LAMAN WEB: http://www.usm.my
2. CARA PERMOHONAN
i. Permohonan kemasukan ke Universiti Sains Malaysia bagi Program Pengajian Lepasan Diploma/Setaraf Sidang Akademik 2010/2011 adalah melalui Aplikasi Dalam Talian (Online Application) sahaja.
ii. Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai 04 Januari 2010, jam 5.00 petang.
iii. Pemohon boleh melayari laman web http://www.usm.my untuk mendapatkan maklumat mengenai program pengajian yang ditawarkan, Syarat Am dan Keperluan Khas program pengajian di USM dan seterusnya membuat permohonan.
iv.
Pemohon perlu mendaftar untuk LOGIN dengan menggunakan Nombor Mykad dan mengisi maklumat lain seperti yang diperlukan. Nombor Rujukan untuk mengakses Borang Permohonan akan dipaparkan di skrin komputer anda.
v.
Borang Permohonan boleh dicapai selepas proses (iv) di atas selesai dengan menggunakan Nombor Rujukan yang dibekalkan.
vi. Untuk memastikan permohonan anda diproses, sila klik pada SETUJU di bahagian enam (6) – PENGESAHAN. Permohonan hanya akan diterima oleh sistem apabila klik pada SETUJU. Sistem akan mengesahkan status penerimaan permohonan anda.
vii. Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu diCETAK dan diHANTAR bersama :
a. Salinan My Kad / Kad Pengenalan
b. Salinan Sijil Akademik [SPM, STPM / Sijil Matrikulasi / Diploma (sila sertakan transkrip yang lengkap) /IB /A Level / AUSMAT / SAM]
c. Salinan Ko-Kurikulum
viii. Calon mesti menghantar Borang Permohonan yang lengkap mengikut jumlah program pengajian yang dipohon.
ix.
Permohonan dianggap TIDAK LENGKAP dan TIDAK AKAN DIPROSES sekiranya USM tidak mendapat Borang Permohonan dan maklumat lain yang diperlukan.
Tarikh tutup: 5 Februari 2010