Calon-calon lepasan STPM tahun 2009 yang berkelayakan adalah dipelawa memohon secara terus dalam talian (online application) untuk mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama Penuh Masa) di Universiti Sains Malaysia (USM Apex) bagi Sidang Akademik 2010/2011.
USM Apex menawarkan sebanyak 65 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI) yang akan diadakan di pusat-pusat ujian terpilih di seluruh Malaysia seperti yang terdapat di dalam sistem permohonan (pohon@usm).
Calon-calon lepasan STPM boleh mengemukakan permohonan dengan mendaftar terlebih dahulu (secara percuma) untuk mendapatkan Nombor Rujukan dan seterusnya LOGIN untuk mengemukakan permohonan secara online melalui pohon@usm. [DAFTAR SEKARANG] Calon-calon wajib menyimpan Nombor Rujukan masing-masing untuk rujukan. Calon-calon adalah dinasihatkan untuk mencetak Nombor Rujukan dan borang permohonan untuk simpanan. Permohonan dan pendaftaran untuk Nombor Rujukan adalah secara percuma. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya dua [2] program pengajian dan maksima sehingga lapan [8] program pengajian.
Bagi program pengajian pendidikan di USM, calon-calon masih perlu memohon melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Kementerian Pengajian Tinggi dengan melayari laman web http://www.mohe.gov.my.