PROGRAM PENAJAAN PENDIDIKAN PETRONAS 2010

Program Penajaan Pendidikan PETRONAS adalah penajaan yang berbentuk pinjaman pendidikan.
Penajaan terbuka kepada program sarjana muda di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) atau universiti luar negara/kampus cawangan di Malaysia (Curtin/Monash/Nottingham University).

PROGRAM DI UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP)

Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti Program UTP dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (1 tahun) di UTP sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.


PROGRAM DI UNIVERSITI LUAR NEGARA/KAMPUS CAWANGAN DI MALAYSIA (CURTIN/MONASH/NOTTINGHAM UNIVERSITY)

Calon-calon yang terpilih untuk mengikuti Program di universiti luar negara/kampus cawangan Di Malaysia (Curtin/Monash/Nottingham University) dikehendaki menjalani serta lulus Program Pengajian Asas (12 hingga 24 bulan) di kolej-kolej persediaan program luar negara/kampus cawangan di Malaysia sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.

SYARAT MEMOHON

* Calon-calon mestilah menggunakan keputusan SPM 2009.
* Calon-calon mestilah warganegara Malaysia.
* Calon-calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 17 tahun dan tidak melebihi 19 tahun pada tahun 2010.
* Mempunyai ciri-ciri kepimpinan serta aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum.

CARA MEMOHON:

1. Permohonan mestilah dibuat secara dalam talian melalui laman web ini sahaja.
2. Sila baca dengan teliti Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang. Untuk muat turun, sila klik Panduan Memohon dan Panduan Mengisi Borang di laman Borang Permohonan.
3. Setiap permohonan dikenakan Yuran Proses sebanyak RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja) dan bayaran hendaklah dibuat atas nama “PETROLIAM NASIONAL BERHAD” melalui kaunter CIMB Bank – No Akaun : 1430-0000725-05-5. Sila simpan Slip Wang Masuk untuk rujukan dan pengesahan bayaran.
4. Ibu bapa dinasihatkan supaya memohon bagi pihak pelajar yang sedang mengikuti kursus Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Permohonan secara dalam talian dibuka mulai 9.00 pagi, 11 Mac 2010.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 5.00 petang, 19 Mac 2010.
UNTUK MEMOHON, SILA KE LAMAN http://spmonline.petronas.com.my/