8:24 AM
|
by Unit B&K
Diploma Teknologi Penyelenggaraan Kapal terbang (Aircraft Maintainance)
Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur di antara 17-35 tahun untuk mengikuti latihan peringkat Diploma Teknologi Penyelenggaraan Kapal Terbang di Pusat Latihan Teknologi Tinggi
(ADTEC) Shah Alam.
Tarikh Tutup permohonan dilanjutkan sehingga 12 MEI 2011 (KHAMIS).
http://www.adtecsa.gov.my/ver01/index.php/bm/berita/268-pengambilan-pelajar-diploma-teknologi-penyelenggaraan-kapal-terbang
5:39 AM
|
by Unit B&K
i. PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA (PILN)
Program Ijazah Luar Negara (PILN) merupakan program penajaan kepada pelajar-pelajar cemerlang lepasan SPM untuk mengikuti program Ijazah Pertama di universiti luar negara.
2.Maklumat dan syarat asas untuk PILN adalah seperti berikut:
• Terbuka untuk calon lepasan SPM 2010 yang memperolehi keputusan cemerlang;
• Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2010;
• Calon perlu melalui proses temu duga; dan
• Calon yang berjaya akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat pengajian yang ditetapkan oleh JPA.
Kriteria yang digunapakai untuk pemilihan/penawaran biasiswa Kerajaan/JPA adalah seperti berikut:
• Pencapaian akademik;
• Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum;
• Prestasi temu duga; dan
• Sosio-ekonomi/latar belakang keluarga.
Penggunaan kriteria di atas adalah bagi menentukan penawaran dilaksanakan dengan adil dan saksama.
PILN 2011 adalah dibuka khusus kepada lepasan SPM tahun 2010 yang memperolehi keputusan yang cemerlang. Pada tahun 2010, seramai 467,970 orang calon telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berbanding seramai 465,853 orang pada tahun 2009. Peningkatan bilangan calon ini dijangka akan menjadikan PILN 2011 lebih kompetitif. Pada tahun 2010, misalnya, JPA telah menerima sebanyak 18,844 permohonan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 10,114 permohonan diterima daripada kalangan calon yang melepasi syarat/gred minimum yang telah ditetapkan mengikut bidang pengajian. Setiap tahun PILN menjadi tumpuan banyak pihak sehingga mewujudkan pergantungan harapan yang tinggi terutamanya di kalangan calon dan juga ibu-bapa. Dua bidang yang paling popular di kalangan calon ialah Kejuruteraan dan Perubatan. Manakala, negara
pengajian pilihan oleh majoriti calon/pelajar ialah United Kingdom, Australia dan New Zealand.
ii. PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN)
Pelajar-pelajar cemerlang yang memohon untuk mengikuti pengajian di dalam negara akan dipertimbangkan untuk ditawarkan tajaan bagi mengikuti pengajian di lima buah universiti penyelidikan di Malaysia iaitu:
i) Universiti Sains Malaysia (USM)
ii) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
iii) Universiti Putra Malaysia (UPM)
iv) Universiti Malaya (UM); dan
v) Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Pelajar-pelajar cemerlang yang tidak terpilih di bawah program PILN dan universiti penyelidikan, disebabkan persaingan yang sengit di bawah program PILN, akan dipertimbangkan tajaan untuk mengikuti pengajian di dalam negara sama ada di:
A. Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
i) Universiti Sains Malaysia (USM)
ii) Universiti Malaya (UM)
iii) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
iv) Universiti Putra Malaysia (UPM)
v) Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
vi) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
vii) Universiti Utara Malaysia (UUM)
viii) Universiti Malaysia Sabah (UMS)
ix) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
x) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
xi) Universiti Teknologi Mara (UiTM)
xii) Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
xiii) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
xiv) Universiti Teknikal Melaka (UTeM)
xv) Universiti Malaysia Pahang (UMP)
xvi) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
xvii) Universiti Sultan Zainal Abidin
xviii) Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
xix) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
B. IPT tempatan seperti:
i) Universiti Teknologi Petronas (UTP)
ii) Universiti Multimedia Malaysia (MMU)
iii) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
iv) AIMST University
v) Universiti Kuala Lumpur (UniKL)-Royal College of Medicine Perak (RCMP)
vi) Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)
vii) Alliance College of Medical Sciences (ACMS)-UKM dan
viii) University College Sedaya International (UCSI).
C. Kampus-kampus cawangan universiti luar negara di Malaysia iaitu:
i) University of Nottingham
ii) Monash University
iii) Swinburne University of Technology; dan
iv) Curtin University of Technology
Pelajar yang berjaya ditawarkan akan ditaja di peringkat matrikulasi/asasi/pra-universiti dan Ijazah Pertama sekiranya melepasi syarat akademik yang ditetapkan.
2. PROSES PEMILIHAN
Calon-calon dinasihatkan supaya membuat pilihan secara bijak dan memberi perhatian kepada perkara-perkara seperti berikut:
• Kriteria pemilihan - peluang adalah lebih tinggi bagi calon yang mendapat gred A bagi sembilan mata pelajaran dan aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum berbanding dengan calon yang mendapat gred A bagi 12 mata pelajaran tetapi tidak aktif di dalam kegiatan ko-kurikulum;
• Kursus/bidang - selain perubatan, terdapat bidang kritikal lain yang ditaja iaitu Pergigian dan Farmasi. Di samping itu tajaan juga diberikan kepada bidang lain seperti Kejuruteraan dan Ekonomi yang juga amat diperlukan oleh negara dan perkhidmatan awam;
• Pilihan kursus - calon hendaklah memilih kursus pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan SPM yang dimiliki;
• Negara - penetapan negara tempat pengajian adalah menjadi hak JPA/penaja. Calon adalah dinasihatkan agar menerima keputusan penaja kerana apa yang penting adalah matlamat utama iaitu untuk melanjutkan pengajian. Semua kursus di negara-negara yang ditaja oleh JPA adalah of good standing dan diiktiraf.
3. KAEDAH PERMOHONAN
Iklan tawaran dan maklumat lanjut akan disiarkan menerusi portal www.esilav2.jpa.gov.my dan juga akhbar-akhbar utama pelbagai bahasa. Calon perlu merujuk ke portal www.esilav2.jpa.gov.my untuk mendapatkan butiran tawaran dan syarat kelayakan PILN 2011 yang akan mula dibuka secara atas talian (on-line) mulai tarikh keputusan SPM 2010 diumumkan secara rasmi.
Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat dan kriteria PILN serta memiliki kelayakan bahasa asing seperti bahasa Arab, Jepun, Jerman atau Perancis akan diberi pertimbangan sewajarnya sekiranya memohon program pengajian ke negara-negara berkenaan.
Pelajar-pelajar yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan akan dipanggil ke sesi temu duga yang akan dijalankan pada 12 hingga 15 April 2011. Urusan temu duga akan dijalankan secara berkumpulan mengikut dua kelompok utama bidang pengajian iaitu kritikal dan strategik.
Ahli-ahli panel terdiri daripada pegawai Kerajaan di kalangan pegawai perubatan, pegawai farmasi, pegawai pergigian, pensyarah, jurutera dan pegawai kanan dari pelbagai skim perkhidmatan.
Calon yang berjaya ditawarkan bidang perubatan adalah diwajibkan menghadiri Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor yang akan diadakan selama 3 hari mulai 10 – 12 Mei 2011 di hospital-hospital Kerajaan yang akan ditetapkan oleh JPA.
Calon-calon yang berjaya akan mengikuti kursus persediaan di pusat-pusat pengajian yang ditetapkan oleh JPA. Walau bagaimanapun, calon perlu mencapai had kecemerlangan (cut-off point) yang ditetapkan, mencapai rekod kehadiran kelas melebihi 90% dan tidak mempunyai rekod disiplin bagi membolehkan calon diteruskan penajaan ke universiti-universiti di luar negara.
4. PENUTUP
8:06 AM
|
by Unit B&K
| | | | Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah : | | A. | Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) : . Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian) | | B. | Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara : . Fizik . Kimia . Biologi . Matematik . Pendidikan Khas . Bahasa Cina | | C. | Program Kembar Bahasa Perancis : . Bachelor of Arts Degree in Sciences of Language and Information Specializing in Teaching French As Foreign Language | | D. | Program Kembar Bahasa Jerman : . Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan | |
| 1. | SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS | | 1.1 | Warganegara Malaysia. | | 1.2 | Umur tidak melebihi 20 tahun pada 20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991. | | 1.3 | Calon hendaklah sihat fizikal dan mental. | | 1.4 | Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum. | | 1.5 | Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran. | | | DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut : | | | 1.5.1 Bahasa Melayu | | | 1.5.2 Sejarah | | | 1.5.3 Satu mata pelajaran yang lain serta ; | | | 1.5.4 lulus Bahasa Inggeris | | 1.6 | Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan). | | | | 2. | PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN | | 2.1 | Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) | | | 2.1.1 | Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi-institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah. | | | 2.1.2 | Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas bulan di institut berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. | | | 2.1.3 | Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. | | 2.2 | Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara | | | 2.2.1 | Program ini ditawarkan kepada calon-calon lepas SPM yang menepati syarat asas dan syarat tambahan yang ditetapkan bagi mengikuti program Ijazah Pertama di universiti terkemuka di luar negara dalam bidang Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Pendidikan Khas dan Bahasa Cina. | | | 2.2.2 | Bagi mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC), calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya, 7 cemerlang termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. | | 2.3 | Program Kembar Bahasa Perancis | | | 2.3.1 | Program ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis Bahasa Perancis serta memiliki sekurang-kurangnya Delf 1. | | 2.4 | Program Kembar Bahasa Jerman | | | 2.4.1 | Program ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis dalam Bahasa Jerman. | | | | 3. | BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN: | | 3.1 | Sekolah Kebangsaan (SK) | | | 1. | Pendidikan Prasekolah | 12. | Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah | 2. | Bahasa Melayu Pendidikan Rendah | 13. | Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah | 3. | Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah | 14. | Pendidikan Sejarah Pendidikan Rendah | 4. | Bahasa Arab Pendidikan Rendah | 15. | Pendidikan Bimbingan Pendidikan Rendah | 5. | Bahasa Tamil (SK) Pendidikan Rendah | 16. | Pendidikan Islam Pendidikan Rendah | 6. | Bahasa Cina (SK) Pendidikan Rendah | 17. | Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah | 7. | Bahasa Iban Pendidikan Rendah | 18. | Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah | 8. | Bahasa Kadazan Dusun Pendidikan Rendah | 19. | Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah | 9. | Matematik Pendidikan Rendah | 20. | Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah | 10. | Sains Pendidikan Rendah | 21. | Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah | 11. | Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah | |
| | |
| | |
| 3.2 | Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) |
| | 1. | Pendidikan Prasekolah | 10. | Pendidikan Sejarah Pendidikan Rendah | 2. | Bahasa Melayu Pendidikan Rendah | 11. | Pendidikan Bimbingan Pendidikan Rendah | 3. | Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah | 12. | Pendidikan Islam Pendidikan Rendah | 4. | Bahasa Cina Pendidikan Rendah | 13. | Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah | 5. | Matematik Pendidikan Rendah | 14. | Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah | 6. | Sains Pendidikan Rendah | 15. | Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah | 7. | Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah | 16. | Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah | 8. | Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah | 17. | Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah | 9. | Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah | |
| |
| | |
| 3.3 | Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) |
| | 1. | Pendidikan Prasekolah | 10. | Pendidikan Sejarah Pendidikan Rendah | 2. | Bahasa Melayu Pendidikan Rendah | 11. | Pendidikan Bimbingan Pendidikan Rendah | 3. | Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua Pendidikan Rendah | 12. | Pendidikan Islam Pendidikan Rendah | 4. | Bahasa Tamil Pendidikan Rendah | 13. | Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah | 5. | Matematik Pendidikan Rendah | 14. | Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah | 6. | Sains Pendidikan Rendah | 15. | Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah | 7. | Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah | 16. | Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah | 8. | Pendidikan Khas Masalah Pendengaran Pendidikan Rendah | 17. | Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah | 9. | Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Pendidikan Rendah | |
| |
| |
4. | CARA MEMOHON |
| 4.1 | Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 07 Mac 2011. |
| 4.2 | Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional. |
| 4.3 | Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan. |
| 4.4 | Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja. |
| 4.5 | Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan. |
| 4.6 | Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak. |
| | |
5. | TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 21 MAC 2011 |
| | |
6. | Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan : |
| | |
| BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA (u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar) No. Telefon : 03-88841260/1254/1253/1371/1235 |
| | |
| URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sabah d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Peti Surat 10491 88805 Kota Kinabalu, Sabah No Telefon : 088 236804 |
| | |
| URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sarawak Jalan College 93259 Kuching, Sarawak No Telefon : 082 258045 |
| | |
7. | MAKLUMAN DAN PERHATIAN |
| 7.1 | Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga. |
| 7.2 | Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad. |
| 7.3 | Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG). |
| 7.4 | Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan. |
| 7.5 | Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri. |
| 7.6 | Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG. |
| | |
8. | PENDAFTARAN |
| Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 20 Jun 2011 (tarikh tertakluk kepada pindaan). Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon. |
| | |
9. | IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU |
| Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus. |
| | |
| BENTUK PENGAJIAN YANG DITAWARKAN |
|
| |
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) |
Bentuk Pengajian | Tempat | Tempoh |
Kursus Persediaan | Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan | 3 semester |
Pengajian Ijazah Pertama (Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian) | Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan | 8 semester |
Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara |
Bentuk Pengajian | Tempat | Tempoh |
Kursus Persediaan | Kolej Persediaan KPM | 2-4 semester (mengikut kolej pengajian) |
Pengajian Ijazah Pertama (Matematik, Fizik, Kimia,Biologi, Pendidikan Khas) | Universiti Terkemuka Luar negara (UK, Australia atau New Zealand) | 6-7 semester (mengikut kolej pengajian) |
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) | Institut Pendidikan Guru Malaysia yang akan ditetapkan oleh KPM | 2 semester |
Institusi yang mengendalikan Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik, Fizik, Kimia, Biologi dan Pendidikan Khas) : a. International Education Centre (INTEC), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Seksyen 17, Shah Alam, Selangor b. Taylor's University, Subang Jaya, Selangor c. Kolej Yayasan United Engineers Malaysia (UEM), Lembah Beringin, Tanjung Malim, Perak. |
Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Bagi Bidang Bahasa Cina |
Bentuk Pengajian | Tempat | Tempoh |
Kursus Persediaan | Beijing Foreign Studies University,Beijing, China | 2 semester |
Pengajian Ijazah Pertama (Ijazah Sarjana Muda Bahasa Cina sebagai Bahasa Kedua) | Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan | 8 semester |
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) | Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan | 2 semester |
Program Kembar Bahasa Perancis |
Bentuk Pengajian | Tempat | Tempoh |
Kursus Persediaan | Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa | 2 semester |
Pengajian Ijazah Pertama (Bahasa Perancis) | Universiti Terkemuka Negara Perancis | 6 semester |
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) | Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa | 2 semester |
Program Kembar Bahasa Jerman |
Bentuk Pengajian | Tempat | Tempoh |
Kursus Persediaan | Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa | 4 semester |
Pengajian Ijazah Pertama (Bahasa Jerman) | Universiti Malaya | 6 semester |
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) | Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa | 2 semester |
Catatan : Bentuk pengajian yang ditawarkan tertakluk kepada perubahan
Untuk memohon sila layari website di bawah
http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2011/index.cfm
7:21 AM
|
by Unit B&K
A lot more scholarship for SPM & STPM 2010...
1. Astro Scholarship
http://www.astro.com.my/careers/indices/index_183.html
2. The STAR Education fund - dateline : 14 April 2011
3. Hong Leong Foundation Scholarship - Dateline 16 April 2011
http://hongleongfoundation.org/scholarship/
4. Yayasan Bursa Malaysia - Dateline 29 April 2011
5. Malaysia Airports education sponsorship - 30 aPRIL 2011
http://www.malaysiaairports.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=412
6. Petronas Education Sponsorship Programme - Dateline : 1 April 2011
http://spmonline.petronas.com.my/
7. yayasan Telekom Malaysia - Dateline : 30 Mac 2011
http://ytm.tm.com.my/english/sponsorship/apply-now.php
8. Securities Commision Malaysia - 5 April 2011
http://www.sc.com.my/main.asp?pageid=695&menuid=842&newsid=&linkid=&type=
9. Genting Malaysia Scholarship Award -10 April 2011
http://www.sc.com.my/main.asp?pageid=695&menuid=842&newsid=&linkid=&type=
10. KUOK Foundation Undergraduate Award - 8 April 2011
http://www.kuokfoundation.com/
6:57 AM
|
by Unit B&K
Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak
Dermasiswa ini bertujuan membantu pelajar membuat persediaan pendaftaran kemasukan di semester dan tahun pertama di Politeknik, Kolej Komuniti, IPTA dan IPTS terpilih dalam negara sahaja. Dermasiswa ini diberikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sahaja.
Keutamaan diberikan kepada keluarga yang berpendapatan rendah di bawah RM1,500 sahaja. Kadar dermasiswa adalah RM300 (Sijil/Matrikulasi), RM500 (Diploma), RM1,000 (Ijazah Sarjana Muda) dan RM1,200 (Ijazah Sarjana Muda Profesional).
Kesemua IPTA dalam negara dan hanya IPTS berikut yang layak memohon.
Berikut adalah senarai Universiti dan IPT yang layak memohon:-
1. | Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) | | 10. | Giat MARA |
2. | Universiti Teknologi Petronas (UTP) | | 11. | ADTECT |
3. | Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) | | 12. | Kolej Polytech MARA |
4. | Universiti Multimedia (MMU) | | 13. | Kolej Profesional Baitumal |
5. | Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) | | 14. | Kolej RISDA |
6. | Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) | | 15. | Kolej Yayasan-Yayasan Negeri |
7. | Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) | | 16. | Kolej Tunku Abdul Rahman(Kolej TAR) |
8. | Kolej Perubatan DiRaja Perak | | 17. | Institut Teknologi Perak (ITP) |
9. | Institut Latihan Perindustrian | | | |
**Borang Permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing atau dicetak terus melalui laman web ini.