11:54 PM
|
by Unit B&K
Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (
MEdSI) dijalankan kepada semua calon yang ingin mengikuti bidang perguruan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (
KPT) iatu ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan).
Ini bermakna Ujian MEdSI ini hanyalah untuk calon-calon yang memohon
program pengajian pendidikan di pilihan 1 atau pilihan 2 sahaja ketika
mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara dalam talian.
Ujian MEdSI adalah untuk mengukur kualiti intrinsik
calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan
Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini
digunakan untuk memilih calon
guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pendidikan di IPTA.
Format Ujian MEdSI
- Ujian MEdSI mengandungi 300 soalan dan perlu dijawab dalam masa 1 jam 10 minit.
- Terbahagi kepada 4 bahagian:
- Personaliti – 110 soalan
- Minat Kerjaya – 60 soalan
- Nilai Integriti – 70 soalan
- Kecerdasan Emosi – 60 soalan
- Soalan ujian MEdSI berbentuk aneka pilihan.
- Calon dikehendaki memilih pilihan jawapan yang sesuai dengan diri calon dan tiada jawapan yang betul atau salah.
Semakan Panggilan Ujian MEdSI
- Semakan panggilan menduduki Ujian MEdSI boleh dibuat melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di www.mpm.edu.my atau terus ke portal semakan MEdSI.
- Semakan boleh dibuat mulai 20 April 2012.
- Hanya calon yang berjaya akan dipanggil temuduga.
Menduduki Ujian MEdSI
- Ujian MEdSI akan diadakan pada 28 April 2012.
- Pusat Ujian MEdSI adalah seperti yang dipilih oleh calon sendiri
semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara dalam talian
dahulu.
- Calon perlu membawa Slip Menduduki Ujian MEdSI
- Slip Menduduki Ujian boleh dicetak melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia
- Kegagalan membawa Slip Menduduki Ujian boleh menyebabkan calon dihalang daripada menduduki ujian.
- Tiada bayaran dikenakan untuk menduduki Ujian MEdSI.
- Ujian MEdSI hanya sah untuk sekali ambilan sahaja.
Temuduga Program Pendidikan
Maklumat
- Sila rujuk laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk mendapatkan maklumat lanjut.
- Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi MPM di talian 03 6136 9663 atau faks 03 6136 1488 atau e-mel : ppa@mpm.edu.my